9 Feb 2012

Nora Danish mahu hantar anak pergi tahfiz pada usia 4 tahun

Itulah yang diimpikan Nora Danish, 29, apabila mengatur perancangan untuk anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 3 tahun.
“Semua ibu mahu yang terbaik buat anaknya, begitu juga saya. Jadi, dah banyak perkara saya aturkan supaya Rayqal membesar dengan didikan agama yang kuat. Lagipun sejak mengandungkannya saya memang suka membaca buku-buku agama.
“Jadi, saya dah mula merancang suapaya pada usia dia 4 tahun ini, saya mahu mengantarnya ke kelas mengaji dan belajar tahfiz al-Quran. Saya mahu dia menjadi seorang yang bijak di samping mempunyai pengetahuan agama yang mendalam dalam dirinya.
“Mana taknya, sebagai seorang ibu saya risau dengan masalah gejala sosial yang berlaku dan berharap Rayqal dapat menempuhnya dengan bijak setelah diterapkan ilmu agama. Bila difikri-fikirkan balik susah betul nak jadi ibu ni kerana asyik memikirkan tentang masa hadapan anak,” jelasnya yang masih mencari sekolah yang sesuai untuk mengahntar anaknya belajar tahfiz al-Quran kelak.
Nora Danish juga ada memberitahu bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai mempunyai perancangan yang bercanggah bila mahu menghantar anaknya ke kelas sukan berkuda Polo.
“Saya tahu, sebagai bapa, Jejai juga mahu mengaturkan sesuatu untuk anaknya. Apa yang saya tahu dia juga mahu mengahantar Rayqal ke kelas sukan berkuda Polo bila usianya sudah cukup nanti.
“Saya tidak menghalang jika itu kemahuannya. Tapi, saya mahu anak saya dihantar untuk belajar tahfiz al-Quran terlebih dahulu. Saya mahu utamakan pelajaran agamanya sebelum anak saya belajar perkara lain.
“Lagipun, saya tak mahu menghalang kerana Rayqal sudah mula menunjukkan minatnya kepada sukan berkuda selepas bapanya sendiri selalu membawanya mengikut sukan berkenaan sebelum ini,” luahnya selepas ditemui dalam sidang media Khurafat The Series di Bijan Bar, Jln Ceylon, Kuala Lumpur, petang semalam.

TERIMA KASIH SEBAB SUDI SINGGAH BLOG SAYE (✿◠‿◠)

No comments:


59 Fans on the page